Monday, November 16, 2015

Erti Kehidupan

Allahu!! Jujur.. Bila start kerja.. Baru aku sedar macam mana susahnya nak teruskan duit dengan titik peluh sendiri.. Mana mungkin remaja seperti aku yg baru sahaja ingin bertapak di dunia nyata.. Diberikan pelbagai ujian.. Aku terpaksa lupakan segala impian yg telah lama aku bina kerana kesusahan hidup yg dialami.. Aku bekerja keras untuk membantu ibu bapa untuk menyara hidup kami serta adik2 yg masih bersekolah..

Remaja seperti aku.. Sudah berterbangan di awan biru.. Jujur.. Aku terpaksa tangguhkn niatku untuk menyambung pengajian kerana aku perlu utamakan adik2 aku yg masih belum kena dunia luar..

Ujian buat aku.. Segala yg aku usahakan.. Tiada siapa yg hargai.. ALLAH!! Aku seorang perempuan yg jahil.. Aku sngt jahil.. Alhamdulillah.. ALLAH bimbing aku ke jalanNYA semula.. Namun benar.. Untuk berubah ke jalan itu.. Pelbagai onak dan duri yg perlu ditempuhi.. N yes! Aku sedang lalui kesemua perit getir itu saat ini..

Ingin sahaja hati ini berlari.. Tinggalkan segala2nya.. Dan mulakn hidup baru.. Tp aku kena INGAT! AKU MASIH ADA KELUARGA! Sekalipun mereka tidak perlukan aku.. Namun AKU MASIH BERTANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG ANAK! Ya! Aku masih ada TANGGUNGJAWAB!

Saban hari aku berdoa.. Minta ALLAH keluarkan aku drpd ujian ini.. Semakin aku meminta,,semakin berat ujian yg aku terima.. Aku mula menyalahkan takdir yg telah terungkap utkku.. Tp ALLAH cepat2 sedarkan aku dr khayalan hidup ini.. Aku mula sedar ALLAH uji kerana DIA sayang.. ALLAHU!!

Menitis air mata.. Mengenangkan bertapa diri ini begitu hina di sisiNYA.. Aku mula redha.. Ikhlas dalam segala ujian yg diberi.. Kerana aku yakin.. Janji ALLAH itu pasti.. Pasti akan ada pelangi cantik selepas hujan.. Syukur yg tidak terhingga aku panjatkan padaNYA.. Disebalik ujian yg tidak berhenti.. DIA kurniakan juga rezeki yg tidak putus buat diri ini.. Syukur Ya ALLAH!!

Aku mohon sekali.. Saat ini.. Aku boleh langsaikn segala hutang aku.. Kerana aku ingin hidup dengan penuh ketenangan.. Tiada lagi hutang yg membebani aku.. Tiada lagi hubungan yg rosak akibat kegagalan aku sebagai manusia..

ALLAH!! PERMUDAHKANLAH JALAN HAMBAMU INI.. AMIIN..